'Couple' Yang Halal
Jumaat, 20 Januari 2012 | 26 Safar 1433 H
Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
Indah kan?
Sumber dari : iluvislam.com
Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?
“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku
orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi
karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
Sebenarnya, tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah perkahwinan itu suatu ibadah, sesuatu yang indah. Dan cantiknya cinta
itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada
pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita
itu boleh menyebabkan dosa dan maksiat. Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya
indah, seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud
apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu
panggil ia sebagai 'nikah gantung'. Nikah khitbah ni sebenarnya macam
tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan
kita. Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau
senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai
suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah
menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah
menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan
wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan
(menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa
mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang.
Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Atau jika anda dan pasangan
anda saling mencinta, jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah
khitbah' ini. Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple'
dengan romantik dan halal.
Indah kan?
![]() |
| Hanya selepas nikah |
Sumber dari : iluvislam.com







2 komen:
setuju...:) hanya selepas nikah!!
anda bila yer? huhu...
Post a Comment