Tesis PhD Pendidikan Khas
Salam semua. Apa khabar anda semua? Saya doakan agar anda semua sihat-sihat belaka dengan sentiasa, ameen. Saya ada sebuah cerita yang mana saya telah melihat, mendengar dan merasa ketika dalam membuat kerja di Nilai yang berlalu. Pada dua minggu lepas setelah saya menyelesaikan tugas penting saya di Johor Bahru, saya telah mendapat beberapa SMS daripada dua orang 'geng panda'. Kedua-dua orang itu meminta bantuan daripada saya untuk membantu mereka bagi menyiapkan tugasan mereka di Nilai, Seremban. Tanpa perlu berfikir panjang, saya bersetuju dengan mereka kerana saya tiada kerja lain ketika itu. Mencari rezeki di sana dikatakanlah.
Tugasan mereka yang saya maksudkan tadi itu adalah tesis kepunyaan ustaz yang mengambil PhD dalam bidang Pendidikan Khas. Seorang ustaz yang berusia separuh muda yang masih dalam belajar di UM, iaitu Ustaz H****** [sengaja tidak mahu letak nama sebenar ustaz atas keselamatan peribadi beliau]. Seorang ustaz yang sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang bergelar ustazah. Anak-anaknya begitu sangat soleh dan solehah. Bayangkan kalau kita lihat keadaan macam mereka? Bahagia sungguh sebuah keluarga itu. SubhanaAllah... betapa indahnya anugerah Allah yang telah berikan kepada mereka. Opss.. post ini bukan mahu mengata tentang kehidupan mereka. Sepatutnya saya ceritakan pengalaman saya mengenai tesis PhD ustaz tersebut.
Dalam tugas tesis itu, ada mempunyai beberapa puluhan video yang merakamkan antara penguji (guru khas) dan pelajar pekak Islam. Semua rakaman video telah dilakukan di sekolah Pendidikan Khas (PK). Ustaz H yang merakam semua pelbagai kajian temujanji itu. Saya tidak ingat berapa banyak yang ustaz H rakamkan tetapi bilangannya agak banyak sungguh. Maknanya, ustaz H membahagikan task secara sama rata kepada kami supaya kami dapat melakukan kerja iaitu mentranskripsikan semua video tersebut dengan jimat masa. Puluhan video dari sekolah PK paling mencabarkan saya. Kerana dalam video ini, ramai pelajar Islam masih belum menguasai fardu ain yang asas. Perkara ini membuatkan saya berasa tekanan kerana masalah kecetekan ilmu agama dikalangan para pelajar yang beragama Islam. Ada yang ia membuatkan saya menjadi geram. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit marah saya ini. Sebuah video ada mempunyai duration selama lebih kurang 40 minit. Tempoh siap cuma dalam sehari sahaja. Cuba bayangkan kalau lebih 40 video rakaman, berapa hari diperlukan untuk siap? Pasti kami akan jadi gila dan tekanan. Hehe.. Sebab itulah mengapa ustaz H amat perlukan bantuan daripada kami berempat.
Semasa saya mengkaji sebelas buah video dari satu per satu yang merakamkan tentang soalan-soalan fardu ain asas yang dijawab oleh pelajar pekak Islam, saya mendapati ada setengah-setengah pelajar Pekak tidak dapat menjawab soalan-soalan dengan betul dan jelas. Dan juga saya dapati ramai pelajar pekak Islam tidak kira jantina lelaki atau perempuan, mereka tidak diberi didikan dengan sempurna dalam matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah ataupun menengah. Saya tahu dan faham apa yang telah mereka hadapi itu kerana kurang mendapat didikan guru agama terutamanya dalam subjek Pendidik Islam. Ditambah lagi ketidaksungguhan guru yang mendidik para pelajar istimewa. Kadang-kadang saya sokong pandangan para guru tentang berkaitan kemalasan atau ketidakminatan pelajar terhadap pelajaran mereka. Kadang kala saya juga menyokong hujah-hujah luahan para pelajar istimewa terhadap ketidaksungguhan para guru yang mengabaikan atau kurang memberi perhatian kepada pelajaran mereka. Ini benar-benar menjadi realiti apa yang saya telah lihatkan. Maklumlah saya juga seorang bekas pelajar khas di sekolah ketika dahulu.
Perkara ini membuatkan saya teringat akan zaman persekolahan saya ketika dahulu. Ketika sebagai murid sekolah khas, saya mempunyai ramai kawan yang teramat istimewa bagi saya. Cara kaedah pelajaran saya agak berbeza daripada ketika belajar di sekolah normal dulu. Masa di Tingkatan 3 PK (Pendidikan Khas) selepas ujian PMR, saya perasan tidak semua kawan saya yang boleh menguasai fardu ain dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah. Ada setengah-setengah kawan menghantarkan beberapa SMS kepada saya yang bertulisan tatabahasa yang agak teruk. Selalunya ayat-ayat terbalik. Ada yang tidak tahu maksud-maksud bagi sesuatu perkataan walaupun senang. Contohnya, ejaan huruf bagi haid ialah H, A, I dan D tetapi tidak tahu maksudnya. Bagi saya, ia terlalu senang untuk menjelaskan maksudnya. Nak eja RUKUN pun tidak dapat mereka kuasai. Mereka memerlukan masa lama untuk mengingatinya. Inilah kali pertama saya telah melihat perkara sebegitu sejak pada tahun 2005 yang lepas. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal tersebut? Pelajar atau guru? Kalau perkara macam itu berterusan begini, apa yang akan berlaku kepada mereka untuk masa depan nanti? Lagi kesian lagi malap, kan? Renung-renungkanlah.
Jadi, saya berpendapat bahawa golongan guru khas haruslah mempunyai hati ikhlas untuk mendidik anak murid mereka. Apa yang paling penting, guru khas perlu bersabar walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah para pelajar yang sensitif. Sebenarnya mereka tidak sama dengan orang normal yang sempurna tetapi kita semua manusia sama sahaja walaupun kekurangan dari segi fizikal. Tolong sayangkanlah mereka seperti anak kita, kakak kita, abang kita atau adik kita. Sebenarnya pelajar Pekak masih mampu menandingi setara seperti orang normal jika mereka mempunyai azam yang kuat disamping para guru khas sentiasa memberi perhatian kepada pelajaran pelajar. Masalah itu boleh diselesaikan jika guru khas memberi pelbagai keadah yang berkesan supaya dapat menarik keminatan pelajar terhadap pelajaran mereka yang boleh meningkat. Hal ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan ilmu mereka terutamanya keperihalan agama mereka.
Saya berasa amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang walaupun saya mengalami kurang pendengaran. Saya terima apa yang Allah telah berikan anugerah amat berharga. Kita perlu terima hakikat kerana Allah berhak mengambil nikmat tersebut pada bila-bila masa sahaja. Jadi, kita sebagai manusia ciptaan Allah, mesti menjaga ia dengan sebaik-baiknya. Gunakanlah selagi ia masih berguna bagi kita. Tambahan pula, saya ingin berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengajar (guru) saya ketika bersekolah dahulu. Moga Allah sentiasa merahmati mereka, ameen.
Hampir seminggu empat hari kami berempat melakukan transkrip video. Semakin hari semakin kurangnya kerja kami. Pada semalam, semua kerja tesis itu telah siap sebaik sahaja Meeze menyemak urusan task kami di rumah ustaz H. Alhamdulillah... Saya ingin berterima kasih banyak-banyak kepada Ukhti Nur Hidayah, Ukhti Fatimah dan Akhi Meeze kerana sudi memberi kerjasama yang saya tidak dapat lupa buat selama-lama dalam menyiapkan transkrip itu. Dan juga ribuan terima kasih kepada ustaz H dan ustazah kerana banyak memberi ***** [segan hendak cakap sini hehe].
![]() |
| Posing maut 1 |
![]() |
| Posing maut 2.. kerja ler.. |
Saya berharap agar segala urusan tesis Ustaz H dapat berjalan dengan lancar serta sokongan isteri dan 'geng panda'. Juga didoakan agar kejayaan ustaz mendapat PhD nanti. Ameen.. Oh ya, kenapa kami digelar geng panda? Sebab kami asyik buat kerja sampai lewat malam dan kedua-dua mata kami menjadi panda. @_@'' Comel, kan? Hehehe... Beginilah jalan cerita mengenai tesis PhD yang saya telah lihat. Kajian tesis PhD bukan mudah tahu. Tapi akan menjadi mudah kalau kita bersungguh-sungguh, inshaAllah.
SMS daripada Meeze, 2 Disember 2011.
"Salam, kepada Fatimah, Redha dan Hidayah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi membantu ustaz dalam menyiapkan transkrip itu, bangga saya mempunyai sahabat-sahabat seperti kamu semua. Alhamdulillah transkrip itu berjaya disiapkan oleh kita bersama. Sama-samalah kita doakan kejayaan ustaz mendapat PhD. nanti dan semoga Pendidikan Islam dalam kalangan Pekak dapat ditingkatkan melalui kajian ustaz. Terima kasih banyak-banyak dan selamat bercuti. Maaf atas salah dan silap yang berlaku. Jumpa lagi. Salam".
SMS daripada Qanie, 2 Disember 2011.
"Sama-sama. Kami bertiga ingin ucap terima kasih banyak-banyak kepadamu kerana rela membantu ustaz H******. Lagipun kami bertiga minta maaf kerana anta datang ke Nilai dari jauh. Moga Allah sentiasa berkati anta. Kita sama-sama doakan ustaz H**** dan ustazah T*** semua pelaksanaan yang berlancar. InshaAllah ameen..".
Daripada Fatimah,
*tiada sebarang respon. Panda betina sedang makan tebu dengan sepuas-puasnya selepas berkelam-kabut dengan task tesis kot.. hihihihi @_@'
P/S :
Maaflah kerana tak ada gambar kawan panda betina disini. Lagipun muka wanita itu aurat. Tak apa, kan? Hehe ^_^
Maaflah kerana tak ada gambar kawan panda betina disini. Lagipun muka wanita itu aurat. Tak apa, kan? Hehe ^_^







0 komen:
Post a Comment